DONG+ISM bienaWe : ULU DONG, RAUB PAHANG DARUL MAKMUR

Salam Peruparians...

Pada awal kami lihat poster Dong+ism, tak ada apa yang menarik perhatian pun. Bila kawan-kawan ajak jumpa, kami cakap nak ke Ulu Dong Raub, mereka terkejut. Katanya cari emas atau cari antu Mona Fendy. Dengan wajah serius kami cakap, kami nak berguru di sana, mahu meresap semangat dan aura Ulu Dong buat bekal melukis sampai orang terkedu tak boleh persoal apa yang kami lukis dan sanggup bayar harga puluh-puluh ribu satu lukisan. Kawan-kawan tu pun terdiam. Bila kami ajak mereka sama ke Ulu Dong katanya takut tak terbawa semangat Ulu Dong nanti.
Nampaknya memang orang-orang hebat dan terpilih sahaja dapat pergi ke Ulu DOng ni rupanya.

Bagi kami seni harus didokong oleh sesiapa pun selagi mereka mahu berada dalam kelompok seni tersebut tanpa mengira jenis seni yang diamalkan. Justeru sebahagian ahli-ahli PeRUPA yang kelapangan telah menyertai aktiviti seni yang di anjurkan oleh Rajawali Internationale Art Gallery di Galeri Long, Ulu Dong, Raub Pahang. Program ini juga disokong oleh Balai Seni Negara serta di sertai bersama para pelajar dari UiTM Lendu Melaka, Linton Universiti Kolej, dan Widad Universiti Kolej. Hampir 50 peserta dari seluruh negara datang bagi memeriahkan julung kalinya aktiviti DOng+ism bienaWe diadakan di Ulu DOng Raub. Tidak ketinggalan juga Lean artis dari Filipina juga turut serta bagi memeriahkan aktiviti.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti lawatan ke Gua Kechil, Ladang durian musang king, Kolam ternakan ikan kelah, Art Talk bersama En. Fuad dan En. Azhar pemilik Art Cube Gallery, Pensyarah UitM Lendu (Prof. Dr. Rosli Zakaria), dan artis serta pengasas Galeri Long  En. Mohd Ismadi Sallehudin.

Program yang dijalankan secara santai ini juga mendekatkan antara artis-artis baru, pelajar, galeri seni dan artis senior. Mereka saling bertukar-tukar pandangan dan fikiran dalam memantapkan aktiviti seni tanah air terutama dalam mendekatkan masyarakat terhadap seni. Aktiviti yang dijalankan pada 21 dan 22 oktober 2017 ini banyak memberi input dan inspirasi dalam berkarya.

Mungkin satu pameran dan aktiviti seni berskala lebih besar akan diadakan pada masa akan datang. PeRUPA sentiasa menyokong apa jua aktiviti seni tanah air walaupun kurang berdisiplin, kami memang suka langgar aktiviti seni orang lain hahaha. Jemputlah kami lagi, kami memang suka mengharu-birukan program orang, nak buat sendiri dana tak ada, maka ber-huhuhu lah kami di program orang lain hehe.

Untuk melihat antara aktiviti yang diadakan boleh klik pautan link di bawah :-

Dong+ism bienaWe : PeRUPA TV VOL.01

Dong+ism bienaWe : PeRUPA TV VOL.02

Dong+ism bienaWe : PeRUPA TV VOL.03

Peserta-peserta terlibat

galeri long

indah kan?

bacalah...

Kehadiran YM Raja Shahriman menguatkan aura kami di Ulu Dong

Galeri Long

Artis jangan malas membaca

live painting dari Lean, artis Filipina

apa kelasssss!!

Live painting dari YM Raja Shahriman

baru nak gantung...haishhh

galeri long

sebab kami datang Ulu DOng, anak-anak tempatan dah mula sayangkan kami sampai nak simpan sketches tu.

En.Azlisam dari Balai Seni Negara

gua kechil

gua kechil

sessi ramah mesra

sessi unggun api dan persembahan

gua kechil

galeri long

benih musang king

YM Raja Shahriman

ermmmm...

program dah habis diorang taknak balik, sambung melukis lagi.

terjunnnnnnnnn...

Orang kuat DOng+ism

lukisan pra sejarah berusia 8000 tahun di gua kechil

kolam ternakan ikan kelah

tiga kali selam sehari

bersama Pengurus Seni silat gendang, Tok ampat, Pak Akob, Ismadi, cikgu raof dan Raja Shahriman

Jangan malas membaca wahai artis





Post a Comment

0 Comments