Imago mundi 3 nations telah berlangsung bermula dari 5 januari hingga 14 januari 2018. Pameran yang melibatkan 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia telah berlangsung dengan penuh gemilang. Belum pernah lagi abam lihat pameran antarabangsa sebegini ramai artis terlibat dan mendapat sokongan penuh dari rakan-rakan artis. Satu platform yang baik untuk mengetengahkan bakat-bakat artis baru bersama-sama artis lebih berpengalaman. Presiden PeRUPA merupakan antara salah seorang yang membawa pameran imago mundi bersama artis dari Singapura saudara Abu Jalal dan Pak Anthon dari Indonesia.
Semoga pameran sebegini dapat diteruskan setiap tahun dengan penyertaan lebih ramai artis. Oh! ya sebelum terlupa terdapat lebih dari 300 karya untuk anda nikmati dan miliki, lebih dari sepuluh karya telah terjual dan beberapa tempahan lukisan telah dimeterai sewaktu perasmian tempoh hari. Jika anda ingin menghiasi dinding anda dengan karya bermutu tinggi dari artis-artis ternama silalah ke Hulo Hotel & Gallery, Kuala Lumpur dengan segera. Borong karya-karya tersebut, harganya juga berpatutan. Lambat melepas lahhh...
Terima kasih kepada artis-artis dan ahli-ahli PeRUPA yang telah bertungkus lumus menjayakan pameran ini.
p/s : Dengar cerita nanti presiden PeRUPA nak belanja kambing golek hehehe.
sila borong lukisan di Hulo Hotel sebelum tamat tempoh pameran.
full house
dari kiri : irwan idris, elli ng, anthon, abu jalal, abu zaki, charlie
sesak ruang pameran lebih dari 60 pengunjung bersama-sama memeriahkan perasmian
Ms. Alice Chang sedang melukis sebagai kenangan Imago Mundi Malaysia bersama lukisan dari artist-artis lain.
sebahagian dari artis yang terlibat dalam pameran
dari kiri : Sugantika Lekung, Zarina Abdullah, Abang Halim
dari kiri : Abu zaki, Abu jalal, Athon, Charlie, Irwan idris, Abang halim
tak habis-habis bergambar mereka ni
dari kiri : yob fadzil, hasri, irwan idris, chenta, abang halim
sebahagian dari karya yang dipamerkan
multi nations
dari kiri : Syuq tone, sukairi dan Dr. Ali (asyik swafoto ajer dia orang ni)
0 Comments