MINDSCAPE, MALAYSIA - INDIA 2017

Tahun 2017 telah berlalu dan abam selaku pengendali blog ini baru nak kemas kini aktiviti PeRUPA yang terakhir pada tahun 2017. Maklumlah depa kata kerja Setiausaha ni macam kerani, menaippppp aje, takde keroje lain hiuhiuhiu. Ada abam kesahhh!. Dan maafkan abam kerana kesibukan kerja hakiki lambat pula update aktiviti yang lalu. Ooops belum terlambat untuk abam ucapakan Selamat Tahun baru 2018.

Seperti yang anda sedia maklum pada 26 hingga 31 Disember 2017, PeRUPA telah menjadi tuan rumah menganjurkan program Mindscape antara artis Malaysia dan India. Program ini telah berlangsung dengan jayanya serta sokongan dari Balai Seni Negara, Gangsta watakala dan ahli-ahli PeRUPA. Program ini juga mendapat tajaan dari individu iaitu Ms. Alice Chang dan Mr. Cheng Peng Sia yang telah sudi menaja makan malam. Manakala beberapa syarikat korporat juga sudi menaja tempat penginapan dan aktiviti iaitu Terranum Hillside & Fishing Farmstay (THFF) dan Hulo Hotel Art & Gallery (HHAG)

Sepanjang program banyak aktiviti telah dilakukan antaranya :
1. Melakukan arca dari bahan semulajadi di sekitar THFF
2. Yoga yang diajar dari artis India
3. Lukisan mural di THFF
4. Permainan tradisional di THFF
5. Aktiviti memancing di THFF
6. BBQ di THFF
7. Plein-air di Batu caves bersama Gangsta watakala
8. Pameran seni di HHAG
9. Lawatan ke Balai Seni Negara

Semoga aktiviti seperti ini dapat mengukuhkan silaturrahim dan menyerbarkan seni untuk semua lapisan masyarakat.

Kami juga ingin merakam jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihak THFF dan HHAG kerana telah memberi kerjasama penuh dan menaja lokasi untuk PeRUPA melakukan aktiviti. Tempat yang cantik dan mendamaikan di THFF sentiasa memukau para peserta hingga bersemangat untuk melakukan segala aktiviti walaupun jadual amat padat. Untuk maklumat lanjut di Terranum Hillside & fishing Farmstay anda boleh lawati http://terranumhillside.blogspot.my/

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat, semoga seribu kenangan menjadi impian pada masa akan datang.

p/s : boleh rujuk FB PeRUPA Malaysia untuk lebih banyak gambar aktiviti.











Post a Comment

1 Comments