Salam sejahtera,
Pada 13 Januari 2018, satu pertemuan santai bersama antara pengasas AiS (Artists In Schools Malaysia) telah diadakan di Balai Seni Negara. Pertemuan membincangkan kerjasama antara PeRUPA dan AiS untuk bersama-sama menyemarakkan usaha AiS dalam memperkasakan penglibatan artist di Sekolah-sekolah Malaysia. Pertemuan ini juga telah membuahkan pelbagai ideas dan bentuk kerjasama pada masa akan datang.
Inisiatif menubuhkan sebuah NGO artist in schools Malaysia telah dilakukan oleh Professor Madya Dr. Abdul Halim bin Husain dan Jumie Al-Idid, walaupun program sebegini telah lama diadakan di seluruuh dunia, AiS masih baru di Malaysia. Dan PeRUPA menjalin kerjasama dengan AiS membantu mendekatkan artist melalui program ini untuk bersama-sama memperkasakan seni bermula dari peringkat sekolah sesuai dengan matlamat PeRUPA untuk memasyarakatkan seni.
Kepada Ahli-ahli PeRUPA, graduan universiti, dan artist-artist di seluruh Malaysia, kami menyeru supaya anda dapat bersama-sama berkongsi pengalaman dan penglibatan anda di dalam dunia seni kepada anak-anak kita yang masih di peringkat sekolah, supaya mereka mendapat pendedahan dan perspektif baru tentang dunia seni.
Kepada anda yang berminat boleh klik link di bawah dan mendaftar dengan mudah. Segala kerjasama anda amat kami hargai.
DAFTAR ARTISTS IN SCHOOLS MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini anda boleh hubungi melalui link di bawah :
HUBUNGI ARTISTS IN SCHOOLS MALAYSIA
Segala kerjasama dari para artis amat kami hargai. Terima Kasih.
Aktif & Kreatif
1 Comments
Kalau aktiviti masa cuti sekolah, saya boleh join rasanya.
ReplyDeleteMuhammad Azmi Bin Ismail
Ahli seumur hidup