Salam,
Pada 15 Mac perasmian pameran terbuka PeRUPA telah berlansung dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga buat semua ahli-ahli PeRUPA yang hadir dan memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pameran masih berlangsung di Creative Space 1, Balai Seni Negara hingga 29 Mac 2018.
Pameran terbuka yang bertemakan BONDA mensyaratkan setiap pengkarya menghantar karya mengikut saiz 2' x 2' dan berharga setiap satunya RM1,000.00 sahaja. Dengar khabar banyak artwork telah terjual, jangan lengah-lengah lagi sementara masih dipamerkan hingga 29 Mac 2018.
Jom ke sana...
Ooops sebelum terlupa, kepada mereka yang terlepas upacara perasmian boleh klik link di bawah. Terima kasih kepada PeRUPA TV.
PERASMIAN BONDA - BSN
1 Comments
Tahniah kpd yg turut serta..terima kasih yg hadir ketika hari pembukaan...
ReplyDelete