3D printing - PeRUPA

Salam, Peruparians...

Dalam mengharungi kepelbagaian teknologi dan kreativiti yang bergerak pantas, para artis atau orang ramai yang berminat dengan teknologi cetakan 3D boleh menyertai bengkel dan demonstrasi cetakan 3D dengan harga yang berpatutan.

Cetakan 3D bukanlah teknologi baru di dunia namun ia semakin berkembang pesat. Melalui cetakan 3d pelbagai produk, mock-up produk dapat dilakukan. Bagi para artis arca mereka dapat membina prototype dan dipersembahkan dengan lebih baik dan berkesan. Para artis juga dapat mengembangkan kreativiti masing-masing dan tidak hanya tertumpu pada lukisan 2D semata-mata.

Bengkel ini di anjurkan oleh PeRUPA dengan kerjasama Skaki Studio + Gallery. Ambillah peluang untuk menimba ilmu dengan harga berpatutan.

Harga biasa bagi bengkel seperti ini biasanya bernilai lebih dari RM300.00, namun dengan kerjasama dari tenaga pengajar ianya akan diadakan hanya sebanyak RM188.00 (bukan ahli PeRUPA) dan harga istimewa untuk ahli PeRUPA sebanyak RM99.00 sahaja. Manakala untuk bengkel kanak-kanak RM40.00 sahaja. Sesuai untuk merangsang daya kreativiti kanak-kanak.

Tarikh bengkel dewasa :
1. 21 julai 2018 - bermula jam 9.00 - 11.00 pagi.
2. 04 Ogos 2018 - bermula jam 9.00 - 11.00 pagi.
3. 18 Ogos 2018 - bermula jam 9.00 - 11.00 pagi.

Tarikh bengkel kanak-kanak :
1. 21 julai 2018 - bermula jam 12.00 - 1.00 petang.
2. 04 Ogos 2018 - bermula jam 12.00 - 1.00 petang.
3. 18 Ogos 2018 - bermula jam 12.00 - 1.00 petang.

Lokasi :
Skaki Studio + Gallery (waze atau google maps)
7-1, jalan 67/26, taman sri rampai.

untuk info lanjut hubungi :
+6013 643 1418








Post a Comment

1 Comments

  1. ayuh ahli PeRUPA kalian...jangan lepaskan peluang ini...

    ReplyDelete