Salam,
Pameran kartun antarabangsa sedang berlangsung dari 20 januari 2019 hingga 20 mac 2019. Pameran ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Radzi Jidin pada 26 januari 2019. Pengunjung masih berkesempatan mengunjungi pameran ini yang menampil kan 150 kartunis dari 35 buah negara. Pameran yang julung kali diadakan di Balai Kartun Rossem ini mendapat liputan dan kunjungan luar biasa dari dalam dan luar negara. Pelbagai tema dan jenis kartun dipamerkan antaranya kartun bertema kemanusiaan, alam sekitar dan pendidikan.
Kesempatan harus diambil oleh rakyat Malaysia untuk mengenali kartun-kartun antarabangsa yang dipamerkan, malahan Balai Kartun Rossem juga dibuka percuma untuk kunjungan orang ramai. Sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan seisi keluarga. Balai Kartun Rossem terletak di Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Jangan terlepas menyaksikan pameran hebat ini.
Klik pautan di bawah untuk menonton rakaman video sekitar pameran yang dirakam oleh Perupa TV sewaktu kunjungan ke sana. Dan laporan berita dari Utusan Malaysia.
Rakaman video sekitar perasmian
Artikel berita Utusan
0 Comments