SATU | MASTERPIECE
Pameran
Terbuka PeRUPA 2020 merupakan Keperluan dari aspek Penilaiaan kepada
pengiat seni tanah air. Setiap tahun dan pameran ini akan di dokumentasikan, Pameran
Terbuka PeRUPA 2020 akan mengadakan pameran Visual secara tahunan dengan menentukan
lokasi yang berbeza untuk memberi pendedahan kepada semua peminat seni mahupun
secara amnya.
PENGENALAN
Pengurusan pengetahuan dalam era globalisasi dan dunia ekonomi mengutamakan
integrasi antara perbagai kecerdasan (multiple intelligence) dan pelbagai tugas
(multi-tasking). Tumpuan terhadap perkembangan yang seimbang pada kedua-dua
belah otak kanan dan kiri secara holistik telah meningkatkan lagi kepentingan
Pendidikan Seni Visual dalam proses perkembangan intelektual manusia. Hal ini
telah membawa kepada pembaharuan pada penekanan kandungan mata pelajaran.
Oleh
sebab itu, kaedah untuk menggerakkan aktiviti intelektual perlu ditegaskan
secara eksplisit dalam proses pemerhatian, penerokaan, interaksi, dan apresiasi.
Atas kesedaran inilah PeRUPA mengambil
peluang untuk menjalankan Program Pameran Terbuka PeRUPA sesi 2020 bagi memantapkan lagi pemahaman
terhadap kepentingan dan mermartabatkan seniman pelukis Tanah Air Malaysia.
Proses pemerhatian, penerokaan, interaksi dan apresiasi diberi penekanan dalam
penghasilan karya seni untuk menjana perkembangan intelek yang seimbang dan
menyeluruh.
Pendedahan
Seni Visual memainkan peranan penting dan menyumbang ke arah perkembangan
kualiti para pengiat seni mahupun peminat seni melalui peningkatan daya
persepsi dan kreativiti. Ia juga bertujuan mewujudkan kesedaran dan kepekaan
terhadap pelbagai nilai artistik dan mempraktikkannya dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah khususunya. Program pameran tahunan Visual ini
diadakan dalam konteks peranan seni sebagai media yang merupakan simbol
peradaban bangsa yang perlu diwarisi dan dihargai.
Para Seniman /Pelukis juga
diharapkan dapat menyampaikan pemikiran dan idea melalui laras bahasa tampak
dengan penekanan kepada unsur-unsur seni dan prinsip rekaan serta aplikasi
teori, kritikan dan sejarah seni. Selain itu, Seniman/Pelukis juga dapat mengembangkan minat, bakat dan
sahsiah, kegiatan berfikir meneroka dan mereka bentuk pelbagai jenis aktiviti
seni visual. Pengalaman yang akan diperolehi kelak akan dapat membantu peminat
seni membina dan mempertingkatkan keyakinan diri dalam pembentukan watak,
membuat penilaian diri dan mengenali citarasa sendiri.
Majlis akan disempurnakan oleh Datuk Rosyam Nor
4 haribulan March 2020 , jam 3 petang di Galeri Shah Alam adalah hari pembukaan majlis pameran ini...Anda di jemput hadir
Silalah melihat karya-karya peserta ahli perupa pada e-katalog ini:-
https://issuu.com/a.zakihadri/docs/e-catalog_satu_open_show_perupa_2020
0 Comments