AGM ke-5 PeRUPA, 2021

 4 Julai 2021, Ahad, 3.00pm

 Annual Grand Meeting PeRUPA 2021 telah diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet.

Mesyuarat ini adalah AGM ke 5 PeRUPA dan telah dihadiri oleh ahli-ahli seumur hidup, ahli bersekutu dan ahli tahunan yang berdaftar.

Majlis dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Saudara Iszuan Ismail, penolong kurator Galeri Shah Alam yang dijemput khas untuk mempengerusikan AGM PeRUPA ke-5 dan sepatah dua kata dari pengerusi PeRUPA sesi 2019-2020, En. A. Zaki Hadri.

2 orang tetamu VIP iaitu seniman dan budayawan Raja Ahmad Aminullah, serta ahli akademik/pengarca Dr. Rosli Zakaria telah dijemput untuk memberi kata-kata dan ucapan semangat sebelum mesyuarat dengan rasminya membubarkan AJK 2019-2020 bagi memberi laluan kepada perlantikan ahli jawatan kuasa baru sesi 2021-2022.

Proses pengundian dan perlantikan AJK baru berjalan dengan sangat lancar. PeRUPA akan mengumumkan carta AJK sesi 2021-2022 yang rasmi dalam masa terdekat. Majlis membincangkan beberapa usul dan isu sebelum mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan!



Official announcement poster







Post a Comment

0 Comments