MINIT MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KEDUA- 21 Mac 2015


MINIT MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN  KALI KEDUA
PERSATUAN SENI RUPA MALAYSIA
TARIKH: 21 MAC 2015
MASA: 10.30 PAGI
TEMPAT: AUDITORIUM BALAI SENI VISUAL NEGARA
DIRASMIKAN OLEH: EN HANED MASJAK, KETUA PENGARAH BSVN
JUMLAH AHLI YANHG HADIR: 40 ORANG AHLI

1             ARIS AZIZ
2             RADUAN NORUDIN
3             HALIM ABANG DRASHID
4.            FADLI BAHARI
5             AMIRUDIN ARIFFIN
6             A ZAKI HADRI
7             ROZLINA MOHD KHAIRI
8             MOHD NAWIAH KASSIM
9             SHAMSURI ATAN
10           NORAZILA IBRAHIM
11           BUSTAMAM HASSAN
12           RIDZUAN NURUDDIN
13           UMMI NATASHA
14           NORAMIN HAMZAH
15           AHMAD SUKERI AHMAD
16           MOHD AMIRUDDIN RASID ABD RAHMAN
17           MUNIF MOHD NOR
18           IRWAN IDRIS
19           MOHD KHAIRUL ANUAR
20           MOHAMAD SELAMAT SENUN
21           AZMAN NOR
22           HISMAT ALANG IBRAHIM
23           ELLYNA HASHIM
24           FAIRUZ SUPARMAN
25           ABDUL RAOOF ALI
26           HISHAMUDDIN SALMIN
27           AIN ABDUL JAMAL
28           MOHD HELMY ABDULLAH
29           ABDUL RAHMAN JAAFAR
30           JEFRI AHMAD
31           NORIDA MOHD ALI
32           ELLIZA HASHIM
33           SYAHRUL NIZA ZAINI
34           MAZLINA SAIDIN
35           SHAMSHUL ZAINUDDIN
36           SHAARIM SAHAT
37           SUMI ARIS AZIZ
38           AZHARI ZAINUDDIN
39           CHENG TENG CHIA
40           ZAKIR AMIR MOHD DERUS


1.       Ucapan kata alu-aluan pengerusi mesyuarat
 
Encik Amirudin Ariffin selaku pengerusi mesyuarat memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah .Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga kepada pihak Balai Seni Visual Negara atas kerjasama menyediakan tempat mesyuarat berlangsung. Beliau juga mengucapkan syukur kepada Allah Subhanuwataala atas kurniaNya dapat melangsungkan mesyuarat agung dwitahunan perupa bagi kali yang kedua. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Ketua Pengarah Balai seni visual Negara En.Haned Masjak kerana sudi merasmikan mesyuarat.

Pengerusi Mesyuarat menjemput En.Aris Aziz selaku Pengerusi Perupa sesi 2013-2014 untuk menyampaikan sedikit ucapan.Ucapan En. Aris Aziz merangkumi keseluruhan program dan aktiviti persatuan sepanjang 2013-2014.

Seterusnya Pengerusi mesyuarat menjemput En.Haned Masjak untuk berucap dan seterusnya merasmikan mesyuarat yang bakal berlangsung. Ucapan Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara menyentuh perkembangan persatuan yang sihat dewasa ini terutama disekitar Lembah Kelang. Beliau menyatakan cabaran bagi sesebuah persatuan untuk hidup lebih lama berpaksi kepada perkembangan 3 tahun pertama selepas penubuhannya. Jika berjaya melepasi pelbagai halangan sesebuah persatuan akan menjadi mantap untuk tahun berikutnya. Beliau juga memuji akaun Perupa yang teratur danjelas .Persatuan yang mantap dan jelas misi dan visinya akan menarik ramai ahli dan member manafaat kepada setiap ahli.

Disamping itu bagi pelukis baru boleh mempergiatkan aktiviti senilukis dan mempertingkatkan kemahiran yang mana boleh menjana sumber ekonomi pelukis.

Dalam cabaran mengorak langkah kerancakan ekonomi serta desakan hidup yang tinggi, bidang senilukis ini merupakan suatu saluran sumber rezeki.

 
2.       Pengesahan minit mesyuarat lalu.

Pengerusi mesyuarat meminta setiausaha untuk membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Setiausaha telah membentangkan laporan minit mesyuarat 2013-2014 dan juga perihal aktiviti sepanjang dua tahun.

Bendahari pula membentangkan laporan kewangan 2013-2014.

Encik Shamsuri Atan mengesahkan minit mesyuarat 2013-2014, dan disokong oleh En.Munif Mohamad Nor. Setelah sesi pembentangan selesai pengerusi mesyuarat membubarkan AhliJawatankuasa 2013-2015.


3.       Pemilihan AhliJawatankuasa yang baharu (2015-2016).

Munif Mohamad Nor mencadangkan EncikAris Aziz dikekalkan sebagai Pengerusi Perupa serta mendapat sokongan sebulat suara ahli mesyuarat .
 
Muktamad: En. Aris Aziz dilantik sebagai Pengerusi
 
En.HalimAbangDerashidmencadangkan En.Abdul Rahman Jaafar sebagai Timbalan Pengerusi dan disokong oleh En.Bustamam Hassan manakala En.Helmi mencadangkan En.Raduan Norudin sebagai TimbalanPengerusi dan disokong oleh En.Aris Aziz.  En.Aris Aziz jugamencadangkan En.Zaki Hadri untuk jawatan Timbalan Pengerusi dan disokong oleh En. Abdul Rahman Jaafar. Setelah undian dibuat En.Abdul Rahman mendapat 29 undi manakala En.Raduan Norudin 20 undi dan En.Zaki Hadri 12 undi.

Muktamad: En. Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Bagi jawatan Setiausaha En.Bustaman Hassan mencadangkan En.Raduan Norudin dan disokong En.Ain Abdul Jamal . En.Aris Aziz pula mencadangkan En.Zaki Hadri dan disokong oleh En.Raduan Norudin . Setelah undian dibuat En.Raduan Norudin mendapat 34 undi manakala ZakiHadri 3 undi.
 
Muktamad En. Raduan Norudin sebagai setiausaha, manakala En. Zaki diterima sebulat suara sebagai Penolong Setiausaha.
 
Bagi jawatan Bendahari En. Ain Abdul Jamal mencadangkan En.Fadli Bahari dan disokongoleh En.Munif namun EncikFadli Bahari memohon agar tidak dicalonkan kerana kekangan masa dan jarak kediaman yang jauh dari pejabat Perupa akan membuatkan banyak hal tertangguh. En.Halim pula mencadangkan En.Ridzuan Nurudin dan disokong oleh En.Bustamam Hassan . En.Helmi pula mencadangkan En.Irwan Idris dan disokong oleh MazlinaSaidin. En.A Zaki Hadri mencadangkan Norazila Ibrahim dan disokong oleh En.Aris Aziz. Setelah undian dibuat Ridzuan Nurudin 15 undi, IrwanIdris 11 undi dan Norazila Ibrahim 33 undi.
 
Muktamad Norazila Ibrahim dilantik selaku Bendahari.

Bagi AJK nama-nama berikut telah dicadangkan iaitu En.Fairuz Suparman, Hisyam Salmin, Munif Muhamad Nor ,Ridzuan Nurudin , Irwan Idris.  Setelah undian dibuat Fairuz Suparman 27 undi, Hisyam Salmin 16 undi, Munif Mohamad Nor 17 undi, Ridzuan Nurudin 24 undi, dan Irwan Idris 18 undi .

Muktamad Fairuz Suparman,  Ridzuan Nurudin dan Irwan Idris dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa.
 
Kedudukan AJK 2015-2016 adalah seperti berikut.

 
Pengerusi           - Aris Aziz

Tim. Pengerusi  - Abdul Rahman Jaafar

Setiausaha         -Raduan Norudin

Pen. Setiausaha - A Zaki Hadri

Benhadari          - Norazila Ibrahim

AJK                      - Fairuz Suparman
                                            Ridzuan Nurudin
                                            Irwan Idris

·         AJK tambahan akan dilantik dalam mesyuarat AJK Bil.1 sesi 2015-2016

4  Perbincangan usul-usul
Tiada sebarang usul

5 Pindaan undang-undang

En.Raduan Norudin mencadangkan pindaan seperti berikut.

FASAL 1 NAMA

1.       Pertubuhan ini dikenali Persatuan Seni Rupa Malaysia (PERUPA)

2.       Takrif Nama : Seni Rupa adalah merujuk kepada aktiviti senilukis dan seni rupa.

 
FASAL 2 TEMPAT URUSAN 

1.       Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

 28-1-1 Diamond Square, Jalan Semarak Api 3, Off Jalan Gombak Setapak Kuala Lumpur.  

2.       Dan alamat surat menyurat adalah

28-1-1 Diamond Square, Jalan Semarak Api 3, Off Jalan Gombak Setapak Kuala Lumpur.

 
FASAL 3 MATLAMAT

3.       Memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang dunia seni rupa.
 

FASAL 4 KEAHLIAN

vii. Kriteria keahlian yang lain: mempunyai bakat dan minat terhadap senirupa.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) - RM 150 ( Ringgit  Malaysia  Seratus Lima Puluh Sahaja )

 
FASAL 18 BENDERA LAMBANG DAN LENCANA

 
2 ( Logo adalah seperti berikut )

 








6. Perkara-perkara berbangkit.

En. Bustamam Hassan memaklumkan hebahan program PeRUPA tidak menyeluruh. En. Raduan Norudin selaku Setiausaha 2013-2014 dan 2015-2016 memaklumkan bahawa hebahan telah dilakukan setiap masa di dalam Blog, Facebook ,Whatsapp dan Telegram PERUPA. Sepatutnya tidak timbul bahawa hebahan tidak menyeluruh.

7. Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan oleh Pengerusi PERUPA En.ArisAziz  pada jam 1 tengahari.

Minit mesyuarat dicatat oleh En.Raduan Norudin.

Post a Comment

0 Comments