Ziarah Seni, PeRUPA - Yusof Ghani

14 Oktober 2017, merupakan antara tarikh penuh sejarah dalam aktiviti berkala ziarah seni PeRUPA. Aktiviti kali ini disertai oleh Datuk Dr. Ibrahim Ghaffar, Aris Aziz, Raduan Norudin, Ridzuan Nurudin, Wan Burhanudin, Iza DB, Rozlina Khairi, Azhari, Ahmad Sukeri Ahmad, Jazk Zul, Anas, Nasriq dan Fadhil.

Seramai 13 orang ini berpeluang melakukan kunjungan hormat ke Galeri Tapak yang dimiliki pelukis terkenal tanah air, Prof. Yusof Ghani. Pelukis-pelukis baru dan lama berpeluang berdialog dan berbincang beberapa perkara mengenai hala tuju persatuan dan kebersamaan dalam menyemarakkan nilai-nilai seni serta perancangan jangka panjang bagi melahirkan pelukis atau seniman yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Kami juga memperolehi beberapa cenderamata berupa buku dan katalog pameran dari Yusof Ghani sebagai penghargaan melawat studio dan galeri beliau yang terletak di Seksen 7, Shah Alam, Selangor.

PeRUPA juga berhajat untuk melakukan sekali lagi lawatan pada masa akan datang bagi mengadakan perbincangan dan bengkel seni bersama Galeri Tapak dan PeRUPA untuk aktiviti jangka masa panjang pada 2019. Semoga setiap ahli mendapat manafaat dari aktiviti yang dirancang dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

Terima kasih juga atas kesungguhan ahli PeRUPA yang datang luar dari Lembah Klang seperti dari Teluk Intan, Perak dan Raub, Pahang.

(sambungan lawatan ke rumah Sasterawan Negara Datuk Baha Zain)

Rumah dan Studio Yusof Ghani

Salah satu studio Yusof Ghani

Penyerahan cenderamata buku Malaysia Scenery Adult Colouring Book

perbincangan tanpa henti hingga dari galeri hingga ke studio

gambar kenangan di dalam galeri tapak

gambar kenangan di dalam studio

Prof. Yusof Ghani

antara ruang di studio beliau

latar karya Yusof Ghani

rakaman PeRUPA TV di Studio Yusof Ghani

Galeri Tapak

Antara ruang dan karya arca di Galeri Tapak

Galeri Tapak

pallet warna di studio Yusof Ghani
Cenderamata dari PeRUPA

Post a Comment

0 Comments