Salam sejahtera,
Seperti yang tuan puan sedia maklum, dikala kita sedang mengharungi cabaran Covid-19 kini Malaysia telah dilanda bencana banjir yang amat teruk. Ramai dikalangan sahabat ahli PeRUPA terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dikala ini.
Sehubungan dengan itu, melalui program Payung Merah, PeRUPA ingin melaksanakan agihan bantuan IHSAN kepada sahabat AHLI PERUPA. Bantuan ini rentetan dari PAYUNG MERAH : 2021 yang khusus untuk para ahli yang terkesan dikala pandemik. Pada kali ini PeRUPA meneruskan agihan bantuan kepada mereka yang menghadapi kesulitan diwaktu pandemik covid-19 dan mangsa bencana banjir, serta bantuan ihsan untuk persediaan persekolahan anak-anak ahli PeRUPA yang terkesan pandemik covid-19 dan bencana banjir sahaja.
Diharap ahli PeRUPA yang terbabit dapat mendaftar dan memberi butiran dengan lengkap untuk memudahkan Ahli JawatanKuasa merekodkan dan mengagihkan bantuan serba sedikit kepada ahli-ahli PeRUPA sahaja.
pautan borang:
https://forms.gle/nExRq2832cassDF16
Jika ada penyumbang yang ingin menyumbang ke Tabung Prihatin PeRUPA boleh berbuat demikian di akaun nombor 39869 63504 (PUBLIC BANK), atas nama PERSATUAN SENI RUPA MALAYSIA.
Semoga dengan bantuan yang sedikit ini dapat meringankan beban dan menambahkan ukhwah ahli PeRUPA bersama.
0 Comments