Bubur Lambuk PeRUPA: kenyang sama-sama

 


Ehem bulan depan nak puasa dah!

Salam PeRUPArians,


Selain dari melukis dan berkarya, para artis juga perlu bersosial dan bermasyarakat. Para artis dapat menjalinkan ukhuwah dan bertukar-tukar fikiran adalah antara proses para pengkarya mendapatkan ilham dan aktiviti baru disamping menjalinkan hubungan yang baik bersama para pengkarya lain.


Sumbangan beras dari program PAYUNG MERAH juga masih ada lagi, maka AJK PeRUPA mengambil inisiatif untuk melakukan majlis gotong royong BUBUR LAMBUK bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan yang semakin hampir. Semoga kehadiran semua para artis dapat memeriah dan menjayakan majlis kecil ini.


Lokasi Majlis:

PeRUPA : 7-1, jalan 67/26, Taman Sri Rampai. Kuala Lumpur


Tarikh : 20 March 2022


Acara Majlis:

10.30 pagi – 12.30 tengahari :  Memasak dan membungkus bubur lambuk.

12.31 – 3.30 petang : Orang awam dan ahli PeRUPA boleh mengambil bubur lambuk yang siap di bungkus secara ‘Drive-through’ atau boleh datang dan menikmati bubur lambuk di lokasi seadanya serta dibawa pulang.


Acara ini tidak terhad untuk yang beragama islam sahaja, semua orang boleh turut serta. Namun untuk mereka yang Vegetarian tidak digalakkan, kerana menu mengandungi daging.


Acara akan diadakan secara gotong royong, maka dengan itu peralatan seperti pisau, lapik pemotong, besen digalakkan dibawa sendiri.


Semoga majlis kecil ini dapat disertai oleh semua ahli PeRUPA, terutama mereka yang berada di Lembah Klang.


UPDATE:

Post-event photos and videos, usai memasak, makan dan agihan. Alhamdulillah sukses!







































Post a Comment

0 Comments