Alhamdulillah, syukur majlis perasmian pameran seni PANGGILAN PULAU telah berjalan dengan baik dan meriah.
Bermula dengan program jemputan dari doktor Zaimie Sahibil UMS, Agora Digit A. Zaki Hadri (SILA & PERSATUAN SENI RUPA MALAYSIA (PERUPA) ). Maka terhasillah karya-karya luar biasa mengenai pengalaman program di Pulau Silk, Kg Lagaton, Sabah.
Ditambah pula sokongan dan kerjasama dari Galeri Azman Hashim Ums yang sangat komited meletakkan pameran ini sebagai salah satu pameran utama di dalam takwim kalendar mereka.
Pameran yang bermula dari 5 Disember 2022 hingga 28 Februari 2023 ini boleh dikunjungi dan dimiliki karyanya. Anda wajib mengunjungi pameran yang julung kalinya diadakan berkenaan seni dan budaya masyarakat di Pulau Silk Sabah. Ianya adalah salah satu bentuk dokumentasi yang harus dimiliki.
Kami (PeRUPA) juga ingin merakamkan setinggi penghargaan buat Pengarah Galeri Azman Hashim UMS (GAH) Dr. Mohd Fuad Bebit yang sudi merasmikan pameran ini. Terima kasih juga buat media dari RTM dan Wakil dari Tourism Sabah yang sudi meluangkan masa hampir 2.5 jam melihat dan mendengar cerita tentang keunikan Pulau Silk. Serta para artis dari Sabah yang turut hadir menyokong pameran ini.
Semoga lebih banyak silang program seumpama ini diadakan pada masa hadapan dengan sokongan dari pihak kerajaan tempatan dan korporat.
Dan terima kasih juga atas komitmen semua artis yang terlibat. Yihuuuu you're rockkkk...
Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi.
0 Comments